Home About Instagram Stuffs Wordpress Facebook

Sabtu, 11 Juni 2016

Profil Yaya 'Boboiboy'

Yaya
Haloo...barusan aku browsing profil salah satu teman Boboiboy nih, namanya Yaya. Aku akan berbagi profil Yaya diblog ini. Oh ya, aku dapat dari web Boboiboy ya. 
Baca yukk...
Yaya Yah ialah salah seorang kawan BoBoiBoy yang juga memiliki kuasa super berian Ochobot. Keupayaan Yaya adalah terbang dan mengangkat benda berat.
Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Yaya merupakan ketua darjah 5 Jujur.
Selain siri BoBoiBoy, Yaya turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.


RUPA

Yaya boleh terbang dengan sangat laju di angkasa sehingga sukar dikejar oleh apa-apa yang mengejarnya, termasuk peluru. Dia juga mampu mengangkat barang-barang yang berpuluh kali lebih berat daripada dirinya, termasuk gajah dan kapal angkasa. Oleh itu, dia boleh diibaratkan dengan Superman.
Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berhentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.
Mengikut konsep asal watak ini, Yaya kelihatan tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang.
Untuk musim ke-2, gayanya masih sama namun kini dia memakai pin tudung berbentuk bunga.
Bagi musim ketiga, dia tidak lagi memakai pin tudungnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu.

KUASA

  • Kuasa Graviti: Menumpukan kuasa graviti pada satu tempat dengan menambahkan kuasa graviti untuk membuatnya berat atau mengurangkan kuasa graviti untuk menjadikannya ringan pada diameter 50 meter.
  • Kuasa Pemberat Graviti: Yaya menggunakan kuasa graviti untuk menjadikan objek lebih berat dengan kuasa Manipulasi Graviti.
  • Terbang: Yaya mengurangkan daya tarikan graviti dengan kuasa manipulasi graviti untuk membuatkannya terbang.
  • Kelajuan Supersonik (apabila terbang): Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya menggumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskan kuasa gravitinya dengan menumbuk musuhnya.
  • Tumbukan Super Padu: Kuasa Tumbukan Padu yang dua kali ganda lebih kuat dan lebih laju.
  • Cakaran Padu: Yaya menumpukan kuasa graviti pada setiap jarinya untuk menyerang musuh dengan cakaran yang lebih berkesan.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang objek dengan lebih kuat dan laju.
  • Gerakan Kombo Y&Y : Gerakan kombo bersama Ying yang dimulakan oleh Yaya menggunakan Kuasa Pemberat Graviti keatas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga,kemudian Yaya melepaskan Ying musuh dengan Serangan Kombo Laju dan Padu dan diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali. 

PERWATAKAN

Penampilan Yaya bagaikan seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya selalunya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang.
Sebagai ketua darjah, Yaya menunjukkan sikap tegas tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, walaupun kawan baiknya sendiri. 
Sekian yaa...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar